Skip to main content

Bisnes

Porsche dilapor bakal buka kilang di Kedah

71612799771_Porsche.jpg
KUALA LUMPUR:Pembuat kereta mewah Jerman, Porsche AG dilaporkan bakal bekerjasama dengan syarikat konglomerat Sime Darby Bhd untuk mendirikan kilang pemasangan di Malaysia.

Laporan The Edge Weekly yang memetik sumber itu, memaklumkan syarikat berkenaan akan menjalin kerjasama dengan Inokom Corporation, anak syarikat Sime Darby Motors, yang merupakan cabang automotif Sime Darby.

Pelaburan | Porsche bakal ada kilang di negeri jelapang padi


Laporan itu menyebut, Inokom Corporation akan membina kilang baharu khusus untuk Porsche di Kedah.

Laporan itu juga menyebut Porsche bakal menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pasaran Asia Tenggara.

Insentif untuk pelaburan itu juga dilaporkan sudah dipersetujui Kementerian Kewangan.

Must Watch Video