KUALA LUMPUR: Malaysia telah memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai dakwaan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 negara itu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Ghani berkata Malaysia telah mematuhi undang-undang dengan sewajarnya.
“Kita telah mengemukakan semuanya. Kita telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai isu tersebut,” katanya selepas wacana mengenai ‘War and Tariffs: Our Response’ anjuran Concorde Club di sini hari ini.
Wacana itu dikendalikan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.
-- BERNAMA