Skip to main content

Bisnes

KWSP ambil tindakan terhadap Perwaja untuk selesai tunggakan caruman

51392541376_295x200.jpg
Tindakan undang-undang, termasuk pendakwaan dan saman sivil telah diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap Perwaja Steel (Kemaman) Sdn Bhd (PSSB) dan pengarah syarikatnya kerana tidak membayar caruman bulanan berjumlah RM9.17 juta.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish dalam kenyataan media di sini hari ini berkata, jumlah tunggakan itu termasuk caruman bagi Ogos 2013 hingga September 2014.

"KWSP telah menyiapkan siasatan ke atas PSSB Kemaman dan terdapat saman sivil yang masih belum selesai terhadap majikan dan pengarah syarikat itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk mendapatkan kembali tunggakan caruman.

"KWSP telah memaklumkan pengarah syarikat dengan sewajarnya mengenai tunggakan caruman oleh syarikat dalam usaha untuk mendapatkan semula tunggakan tersebut, termasuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara mengikut peruntukan Seksyen 39, Akta KWSP 1991," katanya.

Mohd Naim berkata KWSP mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang tidak mencarum kerana simpanan KWSP adalah sumber pendapatan persaraan pekerja mereka.

Must Watch Video