WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang lebih tinggi daripada anggaran awal pada suku kedua 2025, menurut data disemak semula yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan AS pada Khamis, lapor dpa-AFX.
Laporan itu menyatakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nyata melonjak 3.3 peratus pada suku kedua berbanding kenaikan tiga peratus yang diumumkan sebelum ini.
Ahli ekonomi sebelum ini menjangkakan semakan naik kepada 3.1 peratus.
Jabatan Perdagangan berkata, pertumbuhan lebih kukuh daripada anggaran terdahulu itu terutama mencerminkan semakan naik pelaburan dan perbelanjaan pengguna.
Bagaimanapun, semakan positif itu sebahagiannya diimbangi oleh semakan penurunan perbelanjaan kerajaan serta semakan kenaikan ke atas import, yang merupakan faktor pengurangan dalam pengiraan KDNK.
-- BERNAMA