Skip to main content

Bisnes

Brahim's kemuka rayuan terhadap nyahsenarai sekuriti

41635867103_BURSAMALAYSIA.jpg
KUALA LUMPUR: Brahim's Holdings Bhd (BHB) mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd terhadap penyahsenaraian sekuriti syarikat itu.

Katerer syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata pengguguran sekuriti syarikat tersebut daripada senarai rasmi Bursa Securities pada 20 April, 2022, akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan daripada Bursa Securities terhadap rayuannya yang dikemukakan dalam kerangka masa (14 April, 2022).

"Pengumuman berhubung keputusan rayuan itu akan dibuat dalam masa terdekat," kata BHB.

Pada 8 April Bursa Securities menolak permohonan lanjutan masa oleh BHB untuk menyerahkan pelan penyusunan PN17 dan mematuhi peraturan penyenaraian.

Susulan penolakan oleh pengendali bursa saham itu, dagangan saham BHB akan digantung berkuat kuasa 15 April, 2022.

-- BERNAMA




Must Watch Video