Skip to main content

Bisnes

Blackberry Malaysia tumpu sektor kerajaan, perusahaan

71359613268_295x200.jpg
BlackBerry Malaysia akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor kerajaan dan perusahaan dalam usahanya bergerak ke hadapan dengan pembangunan perniagaannya, kata Pengarah Urusan bagi Indochina, Ben Quirin. 

Quirin berkata sebelum ini, tumpuan utama BlackBerry Malaysia ialah segmen peruncit.

"Sektor-sektor kerajaan dan perusahaan akan menjadi tumpuan utama kami di Malaysia, untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan dan melatih rakan-rakan kami dalam aspek teknikal supaya mereka akan memahami tumpuan kami.

"Pembangunan produk perisian, perkakasan dan perkhidmatan menjadi  tumpuan utama kami untuk memastikan pelanggan kami dari kedua-dua sektor yang sentiasa berhubung dengan kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan rancangan pembangunan BlackBerry Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata penguasaan pasaran pesaing untuk kedua-dua sektor hanya mewakili kurang daripada 25 peratus daripada kedudukan Blackberry dalam sektor kerajaan dan perusahaan.

Must Watch Video