Skip to main content

Bisnes

Belanjawan 2026: PM tinjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Keempat

51760002720_tbAnwarIbrahim.jpg
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2026  di Kementerian Kewangan (MoF) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.


Ringkasan AI
  • PM Anwar tinjau persiapan akhir Belanjawan 2026 di MoF, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok jam 4 petang.
  • 320 pegawai MoF terlibat dalam penyediaan dokumen belanjawan, termasuk bahagian cukai, fiskal, ekonomi dan bajet.
  • Belanjawan MADANI 2026 akan fokus kepada memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat, selaras dengan keutamaan kerajaan.


Anwar berkata, usaha memperkukuh ekonomi negara dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

“Insya-Allah, usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial pada Rabu.



Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di Kementerian Kewangan sekitar jam 3 petang dan disambut oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying; serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Seramai 320 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai bahagian di MoF  termasuk Bahagian Cukai, Fiskal dan Ekonomi, Antarabangsa, Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Bajet turut terlibat dalam penyediaan dokumen Belanjawan 2026.

Dalam lawatan itu, beliau turut beramah mesra dengan warga kementerian serta menandatangani beberapa dokumen penting berkaitan Belanjawan MADANI Keempat  yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada jam 4 petang esok.

Sebelum ini, beliau menegaskan bahawa Belanjawan MADANI 2026 akan mencerminkan keutamaan kerajaan dalam membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif.





Must Watch Video