KUALA LUMPUR: Astro memperkenalkan pendekatan baharu menerusi kempen Astro BizOne Rewards bagi membantu pengusaha perniagaan, khususnya sektor makanan dan minuman (F&B), memperluas jangkauan pemasaran serta meningkatkan daya saing dalam landskap perniagaan semasa.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata peranan Astro kini tidak lagi terhad sebagai penyedia siaran, sebaliknya berkembang sebagai rakan strategik pemasaran yang menyokong pertumbuhan jenama tempatan secara menyeluruh.
Menurutnya, perubahan landskap ekonomi dan cabaran perniagaan yang semakin kompleks memerlukan sokongan pemasaran yang lebih kukuh dan berimpak tinggi.
“Sekarang boleh dikatakan landskap pasaran semakin berbeza dan cabaran perniagaan bukan lagi sesuatu yang mudah, jadi sebagai rakan strategik kepada pelanggan serta syarikat media di Malaysia, kami bertanggungjawab memastikan jenama tempatan diberikan tahap keterlihatan dan kesedaran jenama yang tinggi,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, Astro memperuntukkan sokongan pemasaran bernilai sehingga RM17.5 juta yang merangkumi liputan televisyen, radio, digital, media sosial serta aktivasi jenama bagi membantu pengusaha F&B menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka.
Kempen itu turut memperkenalkan pembaharuan utama apabila ganjaran diberikan secara terjamin kepada pelanggan, tanpa lagi bergantung kepada cabutan bertuah, sekali gus memberikan kepastian pulangan kepada pelanggan baharu Astro BizOne.
Ganjaran tersebut ditawarkan melalui tiga tier langganan utama iaitu RM800, RM1,000 dan RM1,200 sebulan, dengan setiap pelan menyediakan nilai pemasaran yang berbeza termasuk liputan audio, kandungan digital serta penampilan di platform penyiaran Astro.
Tai menjelaskan, pendekatan ini membolehkan pengusaha bukan sahaja mempromosikan produk dan jenama mereka, malah berkongsi pengalaman perniagaan kepada khalayak yang lebih luas melalui pelbagai platform media.
“Kami mahu memberikan peluang kepada pengusaha untuk membawa bukan sahaja jenama mereka, tetapi juga pengalaman yang mereka tawarkan kepada pasaran yang lebih menyeluruh, sama ada melalui televisyen seperti Astro AWANI dan Borak SeeNI, atau melalui radio seperti ERA, MY FM dan RAAGA, mengikut sasaran pelanggan mereka,” katanya.
Selain itu, Astro turut memperkenalkan inisiatif tambahan seperti “Watch Party” yang memberi peluang kepada pengusaha terpilih menjadi hos kepada sesi tontonan bersama pelanggan, sekali gus meningkatkan trafik dan pengalaman pelanggan di premis mereka.
Dalam masa sama, pendekatan “Bersama Tingkatkan Perniagaan Anda” yang diperkenalkan menekankan peranan Astro sebagai rakan kolaboratif yang bukan sahaja menyediakan platform, tetapi turut melabur dalam usaha membantu pengusaha mengembangkan perniagaan.
Astro turut menegaskan kepentingan pemasaran dalam era perniagaan masa kini, di mana kejayaan tidak lagi bergantung kepada operasi semata-mata, sebaliknya memerlukan strategi promosi yang efektif bagi menarik perhatian pengguna.
Sehubungan itu, pengusaha F&B serta perniagaan lain digalakkan untuk meneroka peluang kerjasama bersama Astro BizOne bagi memperkukuh jenama dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan.
Orang ramai turut dijemput menghadiri BizOne Watch Party yang akan berlangsung pada 19 April 2026 bermula jam 8 malam di UNITEN Kajang, Restoran Habib, Johor Bahru serta Out of Africa, Petaling Jaya.
Maklumat lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my.