Skip to main content

Bisnes

Asas ekonomi Malaysia kekal utuh, kata Najib

51362120498_295x200.jpg
Asas-asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, disokong oleh kepelbagaian struktur ekonomi negara dan kestabilan institusi, termasuk sektor perbankan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata asas ekonomi negara yang kukuh itu diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, yang menyenaraikan Malaysia menghampiri kedudukan teratas bagi jadual daya saing dan mudah menjalankan perniagaan.

"Kita telah mengambil langkah-langkah tegas untuk mengawal inflasi, dan kita telah melihat hasilnya. Walaupun penurunan harga minyak telah menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih rendah, kadar bukan minyak berada pada tahap yang sangat rendah.

Inflasi makanan, misalnya, telah susut daripada 3.9 peratus tahun lepas kepada 2.8 peratus pada bulan lepas," kata Najib pada majlis makan malam ulang tahun ke-140 Standard Chartered di sini malam tadi.

Sejak 2009, kadar kemiskinan di Malaysia, kata beliau, telah berkurangan  daripada 3.8 peratus kepada satu peratus pada 2014.

Beliau berkata sektor kewangan Malaysia merupakan sebahagian besar daripada  kejayaan negara, dan adalah komponen penting kepada ekonomi.

"Terdapat pelbagai keperluan untuk dipenuhi, daripada projek-projek perindustrian, perbandaran dan infrastruktur, dan kita berbangga dengan  reputasi perkhidmatan kewangan kita bagi integriti dan kebolehpercayaan," kata Perdana Menteri.

Must Watch Video