Skip to main content

Bisnes

AirTrunk tambah pelaburan RM12 bilion - PM Anwar

Sumber: Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar menerima kunjungan hormat pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda bersama delegasi syarikat berkenaan pada Rabu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat platform pusat data hiperskala, AirTrunk, akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan komited di Malaysia mencecah RM27 bilion.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu dimaklumkan ketika beliau menerima kunjungan hormat pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda bersama delegasi syarikat berkenaan pada Rabu.

"Dalam pertemuan tersebut, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat data AirTrunk di Johor, selain kerangka lokalisasi yang bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai industri pusat data.

"Komitmen pelaburan berkenaan amat dialu-alukan dan diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif serta berkeupayaan tinggi," kata Anwar dalam hantaran di akaun media sosial beliau.

Tambah Perdana Menteri, keputusan itu juga mencerminkan keyakinan pelabur, khususnya syarikat teknologi global terhadap kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik, seiring usaha kerajaan memperkemas dasar serta meningkatkan kecekapan pembangunan dan operasi pusat data.

Must Watch Video