Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas dipercayai menembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa maut dengan kesan tembakan di bahagian kepala di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu juga merupakan kakitangan IPD itu.