Skip to main content

Advertisement

[TERKINI] Lelaki bunuh, bakar ibu kandung diarah jalani pemeriksaan psikiatri

[TERKINI] Lelaki bunuh, bakar ibu kandung diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, hari ini memerintahkan seorang pengawal keselamatan, Abd. Rahman Harun yang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya, menjalani penilaian psikiatri selama sebulan. Arahan dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah selepas permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nur Huda Diyanah Amir Hamzah mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.