Menyedari wujudnya elemen ketegangan melibatkan agama di bulan Ramadan ini, beberapa pertubuhan dalam masyarakat sivil dan media, menyeru rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan rahmah setiap hari.
Mengambil semangat maaf zahir dan batin, kumpulan berkenaan berkata, melalui kempen #MZB365, perasaan saling memaafi itu tidak terhad kepada bulan Syawal semata-mata.
Tetapi dari awal Muharam sehingga ke akhir Zulhijjah, dari 1 Januari sehingga ke 31 Disember, sepanjang 365 hari setahun.