Skip to main content

Advertisement

[TERKINI] Dua pelajar minum air berkarbonat campur spirit meninggal dunia

[TERKINI] Dua pelajar minum air berkarbonat campur spirit meninggal dunia

Dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.

Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kematian pelajar pertama dilaporkan pada jam 4.08 petang Rabu.