Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dibuka secara rasmi dengan majlis pembukaan disempurnakan Presiden Joko Widodo.

Dalam ucapan pembukaan persidangan yang berlangsung di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur Jokowi menegaskan, ASEAN tidak boleh hanya menjadi penonton kepada permasalahan global berkaitan ekonomi, yang dilihat masih belum pulih, dan dinamika dunia yang tidak terjangka.

Persidangan selama dua hari itu dihadiri pemimpin tertinggi ASEAN, kecuali dari Thailand dan Myanmar.

Malaysia kecewa terhadap kekurangan kemajuan ASEAN dalam menangani krisis kemanusiaan dan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar, yang kini memasuki tahun ketiga.

Terus bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Labuan Bajo, Indonesia.