Sidang Dewan Rakyat ditangguh, sambung Oktober ini
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 15 hari bermula 24 Jun lepas, menyaksikan 27 rang undang-undang diluluskan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata persidangan kali ini juga menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan Usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2021 dan 2022 dengan 49 ahli Parlimen berbahas dan 17 menteri termasuk timbalan menjawab.