Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Platform penting sebarkan inisiatif kerajaan - Alexander

Platform penting sebarkan inisiatif kerajaan - Alexander

Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalinkan hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tanpa peranan media, sudah tentu rakyat sukar memahami cabaran dihadapi kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek.