Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

'Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang boleh letak di JKM, Baitulmal janji disalurkan kepada rakyat' - Idris Ahmad

'Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang boleh letak di JKM, Baitulmal janji disalurkan kepada rakyat' - Idris Ahmad

Ahli Parlimen Bagan Serai (PN-Bagan Serai), Datuk Idris Ahmad mencadangkan agar peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal. Cadangan itu jelasnya dibuat sekiranya kerajaan terus berdolak dalih dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam menguruskan peruntukan membantu rakyat.