Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Perjanjian ART akan berkuat kuasa selepas Malaysia, AS bertukar notis bertulis - Johari

Perjanjian ART akan berkuat kuasa selepas Malaysia, AS bertukar notis bertulis - Johari

Kerajaan sedar terhadap kebimbangan dibangkitkan berhubung kemungkinan terdapat klausa-klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang boleh menyekat kebebasan Malaysia dalam melaksanakan pembangunan negara.

Susulan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perjanjian itu hanya akan mula berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat saling bertukar notis bertulis seperti diperuntukkan di bawah Artikel 7.2 ART.