Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Peniaga jangan naikkan harga kit ujian kendiri

Peniaga jangan naikkan harga kit ujian kendiri

Susulan peningkatan jangkitan Covid-19, situasi kekurangan stok bagi pembelian pelitup muka dan kit ujian kendiri di pasaran telah menimbulkan kegusaran awam. Justeru Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohd Zaki menasihati para peniaga untuk tidak menaikkan harga, demi memudahkan pencegahan rakyat mengekang penularan wabak.