Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pembekalan LPG kepada pelanggan sedia ada masih dibenarkan

Pembekalan LPG kepada pelanggan sedia ada masih dibenarkan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membenarkan pembekal gas petroleum cecair (LPG) untuk terus membuat penghantaran tong bersubsidi kepada pelanggan sedia ada.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, ini termasuk kepada peniaga makanan dan minuman, walaupun mereka belum memiliki Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).