Skip to main content

Advertisement

Malaysia aktif sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha gencatan senjata

Malaysia aktif sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha gencatan senjata

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh Menteri Luar Negeri, Perdana Menteri telah memainkan peranan aktif selaku Pengerusi ASEAN dalam menangani isu serantau.

Satu pertemuan melibatkan Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja telah diadakan pada Khamis. Hasil pertemuan tersebut menunjukkan kesediaan kedua-dua pemimpin untuk melaksanakan gencatan senjata, dan kenyataan rasmi daripada kedua-dua Perdana Menteri kini sedang dinantikan.

Usaha ini antara inisiatif penting yang digerakkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.

#AWANInews