Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Laporan Gallup: Tekanan dan kebimbangan global meningkat sedekad terakhir

Laporan Gallup: Tekanan dan kebimbangan global meningkat sedekad terakhir

Laporan “Keadaan Kesihatan Emosi Dunia 2025” oleh Institut Gallup menunjukkan 39 peratus penduduk dunia mengalami kebimbangan tinggi, manakala 37 peratus berdepan tekanan pada 2024. Kajian di 144 negara mendapati emosi negatif meningkat berbanding sedekad lalu, dengan wanita melaporkan tahap tekanan dan kesedihan lebih tinggi. Laporan dibentangkan di Sidang Kemuncak Kesihatan Sedunia, Berlin.