Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kompaun lebih RM1.5 juta di Pahang dari Januari-Mei

Kompaun lebih RM1.5 juta di Pahang dari Januari-Mei

Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan 6,750 notis kompaun bernilai lebih RM1.5 juta bagi pelbagai kesalahan berkaitan merokok dalam operasi yang dijalankan sejak Januari hingga hari ini di seluruh negeri Pahang.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, dalam operasi pada 26 dan 27 Mei di Kuantan, Temerloh dan Bentong sahaja pihaknya telah mengeluarkan 495 notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bernilai 112,350 ringgit.