Skip to main content

Advertisement

Harris mahu longgar syarat untuk pekerjaan persekutuan

Harris mahu longgar syarat untuk pekerjaan persekutuan

Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris, berkata beliau akan mengurangkan syarat ijazah kolej untuk pekerjaan persekutuan jika dipilih sebagai Presiden selepas pilihan raya yang bakal diadakan pada 5 November.

Beliau berkata pada Jumaat bahawa Amerika Syarikat perlu mengiktiraf laluan kejayaan lain, seperti program perantisan dan latihan teknikal, sebagai alternatif kepada ijazah kolej.