Skip to main content

Advertisement

Greece gesa EU bantu mangsa di Lubnan

Greece gesa EU bantu mangsa di Lubnan

Greece menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk memberikan sokongan perubatan kepada warganegara Lubnan yang tercedera dalam konflik.

Perkara itu disampaikan Menteri Luarnya George Gerapetritis dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Lubnan, Abdallah Bou Habib di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.