Skip to main content

Advertisement

Gemerlapan Olimpik di kota cahaya menanti jutaan pengunjung

Gemerlapan Olimpik di kota cahaya menanti jutaan pengunjung

Tinggal sebulan sahaja lagi, Paris yang terkenal dengan jolokan Kota Cahaya bakal bergemerlapan dengan sinar sempena acara sukan terbesar dunia - Olimpik 2024. Penganjuran sukan berprestij itu yang dijadualkan bermula pada 26 Julai akan menghimpunkan atlet-atlet terbaik dunia berkampung di Perancis dengan harapan besar melakar sejarah buat negara masing-masing. Meninjau persiapan akhir, Paris kini bersedia buka pintu buat tetamu dari segenap pelusuk dunia.