Skip to main content

Advertisement

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan, pelaburan tertinggi dalam sejarah

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan, pelaburan tertinggi dalam sejarah

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan purata tahunan sebanyak 5.2% bagi tempoh 2021 hingga 2024, melebihi trend sederhana ekonomi global dalam tempoh yang sama. Pertumbuhan ini didorong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, serta sokongan kukuh daripada permintaan domestik, khususnya perbelanjaan sektor swasta yang berkembang pada kadar 5.7% setahun.

Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh tersebut mencecah RM1.29 trilion, dengan rekod tertinggi RM384 bilion dicatatkan pada tahun 2024. Kadar inflasi kekal terkawal pada paras 1.1% pada Jun 2025, manakala kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan penambahbaikan dengan pengurangan defisit fiskal kepada 4.1% pada 2024 berbanding 6.2% pada 2020.

Komitmen kerajaan terhadap konsolidasi fiskal turut terbukti melalui pengurangan hutang baharu kepada RM76.8 bilion pada 2024, berbanding RM99.4 bilion pada 2022.

#AWANInews