Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

#AgongKita: Alunan syahdu Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan

#AgongKita: Alunan syahdu Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 membuka tirainya pada Khamis dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara pada Khamis.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada jam 5.18 petang itu terus menangkap lensa kamera yang mana Sultan Ibrahim dilihat memilih mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau terang.