Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

45 sukarelawan tamatkan operasi selamatkan rakyat Malaysia di Hat Yai

45 sukarelawan tamatkan operasi selamatkan rakyat Malaysia di Hat Yai

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata seramai 45 anggota pasukan sukarelawan telah menamatkan operasi menyelamat rakyat Malaysia yang terkandas di Hat Yai pada malam Khamis. Dalam operasi berkenaan, seramai 38 pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya dipindahkan dengan selamat.

Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anggota dari Johor, Perak, Selangor serta beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia telah kembali ke tanah air pada Jumaat selepas selesai melaksanakan tugas mereka.

#AWANInews