Skip to main content

Advertisement

18 VIP dan VVIP terima DNAA sejak 2017

18 VIP dan VVIP terima DNAA sejak 2017

Seramai 18 individu berstatus VIP dan VVIP telah diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam pelbagai kes dari tahun 2017 hingga 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa Peguam Negara menggunakan budi bicara berdasarkan bukti yang diperoleh daripada agensi penguatkuasaan serta perkembangan dan bukti baharu yang muncul semasa perbicaraan sebelum memberikan DNAA.