Skip to main content

Advertisement

Trump sindir NATO selepas tidak bantu AS dalam konflik semasa

Trump sindir NATO selepas tidak bantu AS dalam konflik semasa

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik NATO dengan menegaskan Washington tidak boleh bergantung kepada negara atau sumber luar dalam konflik di Asia Barat. Kenyataan itu dibuat ketika beberapa negara anggota NATO menjauhkan diri daripada serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, yang mencetuskan ketidaktentuan geopolitik serta krisis keselamatan di Selat Hormuz.