Trump dakwa Iran runding secara senyap, bimbang dibunuh rakyat
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa Iran sedang mengadakan rundingan dengan pentadbirannya namun tidak berani mengakuinya secara terbuka kerana bimbang terhadap ancaman dalaman dan kemungkinan tindakan ketenteraan oleh Washington. Kenyataan itu dibuat ketika majlis kutipan dana Republikan di Washington. Dalam perkembangan berasingan, Iran mengesahkan sedang meneliti cadangan Amerika Syarikat berkaitan perang di Teluk, namun menolak rundingan bagi menamatkan konflik Asia Barat yang semakin meluas.