Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pembedahan dan intervensi awal penting untuk kes kecacatan mulut – Pakar

Pembedahan dan intervensi awal penting untuk kes kecacatan mulut – Pakar

Pakar Bedah Mulut UIAM, Prof Madya Dr Khairul Bariah Chi Adam, menjelaskan bahawa kecacatan kongenital bibir dan lelangit sumbing serta sindromik kraniofasial berlaku sejak dalam kandungan, manakala sesetengah pesakit bukan sindromik hanya menunjukkan perubahan struktur muka ketika membesar. Pembedahan awal diperlukan jika terdapat risiko tekanan dalam kepala, masalah mata atau gangguan pernafasan. Intervensi awal penting untuk membantu perkembangan pertuturan dan fungsi oral.