NATO menyatakan kesediaannya untuk memainkan peranan dalam sebarang misi berkaitan keselamatan Selat Hormuz sekiranya keadaan dan keupayaan mengizinkan. Menurut Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte, perancangan awal kini sedang dilakukan oleh gabungan 34 negara, selari dengan permintaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi memastikan laluan strategik itu kekal selamat.