Israel sokong gencatan AS–Iran, namun Lubnan terkecuali
Israel menyatakan sokongan terhadap keputusan Amerika Syarikat menggantung serangan ke atas Iran selama dua minggu, namun menegaskan gencatan senjata itu tidak melibatkan Lubnan. Kenyataan dibuat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ketika usaha rundingan diteruskan bagi menangani ancaman nuklear dan keganasan serantau.