Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pengendali taman tema perlu diberi insentif cukai - MATFA

Pengendali taman tema perlu diberi insentif cukai - MATFA

Kerajaan dan agensi pelancongan perlu giat mempromosikan industri taman tema negara sebagai tonggak utama strategi pelancongan nasional menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Presiden Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA), Tan Sri Richard Koh berkata, pemberian insentif cukai atau promosi kepada pengendali taman tema adalah satu langkah terbaik bagi meningkatkan jumlah pengunjung.