Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tun Dr Mahathir Kenang Allahyarham Tun Abdullah, Hadir Beri Penghormatan Terakhir di Masjid Negara

Tun Dr Mahathir Kenang Allahyarham Tun Abdullah, Hadir Beri Penghormatan Terakhir di Masjid Negara

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata pertama kali bertemu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum menjadi Menteri lagi di sebuah pasar raya pertama di Kuala Lumpur.

Tun Mahathir Mohamad juga memberitahu ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Barisan Nasional telah cipta sejarah menang dengan sokongan 90 peratus rakyat Malaysia.

Tun Mahathir hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara. #AWANInews