Skip to main content

Advertisement

Malaysia evakuasi rakyat dari Lubnan

Malaysia evakuasi rakyat dari Lubnan

Malaysia telah memulakan evakuasi rakyatnya dari Lubnan susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada pagi ini, manakala seorang lagi dijadual tiba pada sebelah petang.