Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan tidak cadang kenakan caj kenderaan masuk ke bandar - PM

Kerajaan tidak cadang kenakan caj kenderaan masuk ke bandar - PM

Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan caj kemasukan ke kota bagi kenderaan persendirian kerana ia boleh membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan hanya mempertimbangkan pelaksanaan caj itu selepas rangkaian sistem pengangkutan awam negara berada pada tahap yang baik dan menyeluruh.