Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

ESKL bawa nafas baharu perkhidmatan konsular

ESKL bawa nafas baharu perkhidmatan konsular

Ramai pekerja migran Bangladesh di Malaysia sebelum ini terpaksa bergantung kepada orang tengah atau dalal untuk mendapatkan perkhidmatan konsular.

Proses yang memakan masa, kos yang melambung dan risiko penipuan menjadi realiti pahit bagi mereka walaupun hanya untuk pembaharuan pasport.

Namun, situasi itu berubah selepas penubuhan Expat Services KL atau ESKL pada akhir 2023, syarikat yang dilantik kerajaan Bangladesh untuk menguruskan perkhidmatan secara lebih telus, digital dan sistematik.