Makmal ujian MIMOS pacu kualiti produk industri tempatan
MIMOS Technologies Sdn Bhd tampil menyediakan Product Reliability Testing Lab, sebuah makmal ujian bertaraf antarabangsa yang membolehkan pemain industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menjalani ujian menyeluruh secara lebih cekap tanpa perlu bergantung kepada kemudahan di luar negara.