Skip to main content

Malaysia

Kehadiran Yusuf Bahrin, Zizi Kirana ke mahkamah syariah cetus tanda tanya

Sumber: Astro GEMPAK
Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Petaling, hari ini, dipercayai berhubung prosiding melibatkan rumah tangga mereka

PASANGAN selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Petaling, hari ini, dipercayai berhubung prosiding melibatkan rumah tangga mereka.

Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin yang tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.40 pagi nggan mengulas panjang sebaliknya meminta memohon doa orang ramai agar segala urusan dipermudah.

“Insya-Allah semua okey, Doa yang baik-baik. Saya okey, selamat hari raya,” kongsi Yusuf.

Sementara itu, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil yang tiba lima minit kemudian sambil ditemani pelakon, Datin Seri Paduka Umie Aida turut memilih pendekatan yang sama.

“Tiada apa yang nak dikongsi. Saya pun tak tahu proses harini. Doakan yang baik-baik ya, Insya-Allah,” kongsi Zizi.

Dalam masa yang sama, Umie Aida turut meminta orang ramai menitipkan doa yang baik buat pasangan itu.

“Insya-Allah, semoga dipermudahkan kedua belah pihak,” luah Umie.

Sebelum ini, timbulnya spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang didakwa berantakan selepas dilihat menyambut perayaan Aidilfitri secara berasingan.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata. - Gempak

Must Watch Video