Skip to main content

Gaya Hidup

Ustazah Asni Mansor kembali bergelar isteri, lelaki Palestin jadi pilihan teman hidup

71760664289_tbAsniAbuMansorM.jpg
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustazah Asni Abu Mansor berkongsi berita gembira apabila mengumumkan beliau kembali bergelar isteri.

Menerusi hantaran di Instagram, Ustazah Asni, 49, memaklumkan, beliau telah bernikah dengan Mounir Abdul Kareem Kaddoura, lelaki berketurunan Palestin yang juga warganegara Amerika Syarikat.

“Ada ketentuan yang tertulis dan takdir terlukis. Sakinah, mawaddah wa rahmah.

“Secara rasmi saya zaujah Mr. Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik,” tulisnya dalam hantaran tersebut.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Asni Mansor (@asnimansor)


Beliau turut berkongsi video berdurasi pendek memaparkan beberapa foto bersama suami, antaranya mereka berdua tampil sedondon mengenakan pakaian biru turquoise dalam suasana penuh sederhana namun bermakna.

Ibu kepada empat cahaya mata itu turut memaklumkan perkahwinannya berlangsung dengan penuh kesyukuran dan berharap agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia di bawah lindungan rahmat Allah SWT.

Ustazah Asni, yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dikenali sebagai antara pendakwah wanita yang aktif menyampaikan kuliah agama di televisyen dan media sosial, selain sering diundang memberi ceramah di seluruh negara.



Must Watch Video