Skip to main content

Teknologi

Pusat data AI tingkat suhu persekitaran hingga 2°C, kajian dedah kesan ‘pulau haba’

Johor sudah di landasan betul untuk menjadi jelapang pusat data Malaysia dengan Selangor menyusul pula di tangga kedua. Banyak projek pusat data telah beroperasi serta diumumkan di kedua-dua negeri ini sejak setahun lalu dipacu oleh permintaan global untuk pusat data AI. Ramai sedia maklum pusat data menggunakan kuasa elektrik dan bekalan air yang tinggi serta isu sistem penyejukan mengeluarkan bunyi bising berterusan. Tetapi dalam kajian terkini yang diterbitkan dalam jurnal Journal of Engineering for Sust
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Journal of Engineering for Sustainable Buildings and Cities mendapati operasi pusat data mewujudkan fenomena pulau haba (urban heat island) akibat pelepasan udara panas berterusan daripada sistem penyejukan. -Foto Amanz

PEMBINAAN pusat data kecerdasan buatan (AI) secara agresif bukan sahaja meningkatkan penggunaan tenaga elektrik dan air, malah turut menyumbang kepada peningkatan suhu persekitaran sehingga 2 darjah Celsius, lapor Amanz.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Journal of Engineering for Sustainable Buildings and Cities mendapati operasi pusat data mewujudkan fenomena pulau haba (urban heat island) akibat pelepasan udara panas berterusan daripada sistem penyejukan.

Kajian kes di Mesa dan Chandler, Arizona, Amerika Syarikat, menunjukkan kesan pemanasan dapat dirasai dalam radius 500 meter dari pusat data.

Fasiliti berkenaan didapati menghasilkan haba yang jauh lebih tinggi berbanding 40,000 rumah, dengan sistem penyejukan menghembuskan udara pada suhu 8°C hingga 14°C lebih tinggi daripada persekitaran.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan penduduk, khususnya projek yang dibina berhampiran kawasan perumahan.

Di Malaysia, Johor kini berada di landasan untuk muncul sebagai hab pusat data terbesar negara, diikuti Selangor, susulan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur AI.

Bagaimanapun, pertumbuhan pesat sektor itu mula mendapat perhatian berikutan impak sosial dan alam sekitar yang dibawa oleh projek besar.

Pada Mac lalu, penduduk berhampiran tapak pusat data ZData Technologies di Gelang Patah, Johor, mengadakan bantahan terhadap isu habuk dan pencemaran di kawasan kediaman.

Perkara itu turut menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Pandak Ahmad, yang mencadangkan garis panduan supaya pusat data tidak dibina terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

Dengan pendedahan mengenai peningkatan suhu mikro, kelulusan pembinaan pusat data pada masa hadapan dijangka diperketatkan dengan mengambil kira faktor suhu, selain keperluan tenaga, bekalan air dan pencemaran bunyi.

Must Watch Video

Advertisement