Seminggu selepas mengambil keputusan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini kembali menerajui persatuan itu.
Baginda mengubah keputusannya, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, F-A-M, Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pertemuan baginda dengan pemimpin nombor satu FAM itu, turut dihadiri ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Saya gembira Tunku Ismail bersedia kembali sebagai Presiden PBNJ dan meneruskan usaha memajukan bola sepak negeri Johor," titah Sultan Ahmad Shah.
Baginda turut menyuarakan rasa terharu dengan kesediaan Tunku Ismail, untuk mendengar nasihat baginda mempertimbangkan semula perletakan jawatan sebagai Presiden PBNJ.
Namun, baginda tetap menegaskan, hukuman penggantungan enam bulan terhadap Tunku Ismail tetap kekal dan tidak berubah.
"Apabila seseorang menjadi ahli sebuah persatuan, dia termaktub dengan peraturan dan perlembagaan persatuan itu. Tiada sesiapa yang diberi pengecualian daripada peraturan itu," titah baginda.
Tunku Ismail dikenakan hukuman penggantungan enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, pada 8 Mac lalu, serta denda RM18,000 selepas mengkritik tahap pengadilan Liga M.
Pada 3 April lalu, Tunku Ismail menyuarakan hasrat baginda untuk berundur sebagai Presiden PBNJ dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Obet Tawil dilantik menduduki jawatan itu.