Skip to main content

Sukan

Tempoh pinjaman Luqman Hakim di Yokohama sudah berakhir

71734361955_luqmanhakimshamsud.jpg
PEMAIN muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin, bakal kembali ke pangkuan kelab Belgium, KV Kortrijk, selepas hampir satu tahun berkelana di Jepun.

Menurut kenyataan Yokohama SCC yang memaklumkan bahawa Luqman Hakim akan meninggalkan pasukan tersebut susulan tempoh pinjamannya yang akan berakhir dalam masa terdekat.


Perkara itu sekali gus mengesahkan penyerang berusia 22 tahun itu tidak akan menyambung kontrak pinjaman bersama Yokohama untuk musim berikutnya.

"Saya gembiran menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Terima kasih semua.

"Selamat maju jaya untuk musim hadapan," kata Luqman.

* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com

Must Watch Video