Skip to main content

Sukan

Sukan SEA Hanoi: Jackie Wong rampas emas dalam kemenangan epik

41652520785_Atletlontartukulb.jpg
KONTINJEN olahraga Malaysia memastikan Lagu Negaraku berkumandang buat kali kedua sempena Sukan SEA Hanoi di Stadium Nasional My Dinh, sebentar tadi.

Jackie Wong memadam kekecewaan gagal mempertahankan pingat emas baling tukul besi lelaki dalam temasya Manila 2019 apabila kejuaraannya diragut pencabar dari Thailand, Kittipong Boonmawan.

Kejuaraan sering bertukar tangan di antara mereka sejak dua edisi lalu dan dalam pertemuan tadi, atlet Sarawak itu mendahului dari awal saingan tetapi balingan terakhir, 64.54m, berjaya melonjakkan Kittipong ke tangga teratas.

Tetapi Jackie menyahut cabaran itu dengan aksi yang lebih baik lagi untuk melakar 66.49m.

Ia secara tidak langsung menambah koleksi emas yang ke-13 negara dalam temasya kali ini.



*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro

Must Watch Video