Skip to main content

Sukan

PM ucap tahniah kejayaan beregu lelaki badminton mara ke final

81464769841_DSNajibRazak.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan tahniah kepada beregu badminton lelaki negara kerana mengharumkan Malaysia dengan mara ke peringkat akhir Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.

"Beregu kita Tan Wee Kiong & Goh Wei Shem merempuh ke final ! Tahniah ! #RioOlympics2016 #KitaTeamMalaysia," katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak.

Beregu Malaysia itu mara ke peringkat akhir selepas menewaskan beregu China, Chai Biao dan Hong Wei, 21-18, 12-21, 21-17, malam ini. 

Regu Malaysia itu akan berdepan pasukan sama ada dari China atau Great Britain.

Dengan kemenangan malam ini, sekurang-kurangnya pingat perak kini dalam genggaman Malaysia.


Must Watch Video