Skip to main content

Sukan

Pertarungan 76 minit Ng Eain Yow berakhir!

41759986636_TBNgEainYow.jpg
PEMAIN skuasy negara, Ng Eain Yow, terpaksa akur dalam perjuangan 76 minit menentang pemain ke-9 dunia, Victor Courin.

Ia berakhir dengan hampa susulan terlepas slot ke final Kejohanan Terbuka Klasik di New York.

Eain Yow yang kini menghuni ranking ke-12 dunia perlu mengharungi aksi lima set sebelum kempen di Amerika Syarikat berakhir di separuh akhir menerusi keputusan 7-11, 4-11, 11-7, 11-6, 4-11.

Ini merupakan kekalahan kali kedua buat Eain Yow dalam lima pertemuan berdepan Courin yang juga juara bertahan Kejohanan Eropah.





Must Watch Video